ceclick ceclick 'heartbeat' aku nih...

Wednesday, October 13, 2010

simptom2 sang teruna jatuh cinta bagai orang gila





Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi lembut seperti kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras Mana Pun Hati Lelaki Ia Akan Mengalirkan Airmata Apabila Hatinya Dilukai.
** erkk,, betol ehh..??



mari kita tinjau tanda2 lelaki yang jatuh cinta dengan hebatnya.

selepas itu kita bandingkan samada anda(lelaki)/ kekasih anda begini sikapnya..  






1) Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan secara terpaksa.

2) Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3) Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia menyayangi kekasihnya.

4) Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburu yang meluap2.

5) Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6) Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7) Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8) Dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

9) Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10) Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

11) Dia mementingkan kekasihnya lebih dari dirinya sendiri.

12) Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia menyangka kasihnya lebih kuat dari kekasihnya.

13) Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

14) Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

15) Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

16) Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa sahaja untuk merebut kembali kekashnya.



oke. cukuplah tu. tak dapek nak wat list banyak2.


agak2 la kan,, gurl yang dapat lelaki macam nih, apa yang dia rasa.

bangga.? dikongkong.? rimas.? terharu.?

                                                                  jawab.jawab.jawab



kadang2,, bukan semua lelaki sanggup MENITISKAN AIRMATA hanya kerana seorang perempuan....



psssstttt,, saya nak lelaki macam ini buleh.?
yang sentiasa menundukkan pandangan dan bermuka sepi ini..

hahahahaha**waklu









akhir kata, kesimpulan yang dapat disimpulkan disini adalah  lupikirlahsendirihahaha...



hargai pasangan anda yer.



sekian.







3 comments:

Wahida Shukeri said...

ha, sape tu??hargai pasangan anda...:)

Linglung said...

ok. lelaki kental pun boleh jadi cair mcm ais bila dah jatuh cinta..

cik nUnU said...

kak wahida~~
haha.sapesape. manemane. ??
hargailah suami anda..;)



Linglung~~
hebat betol penangan wanita. boleh mencairkan jiwa lelaki kental.
ngeh ngeh ngeh